Follow our Facebook , Twitter & Instagram to get update about on New Product & Latest Product

Tafsir Ibnu Abbas

Tafsir Ibnu Abbas

TAFSIR IBNU 'ABBAS 3 JILID


Abu Thahir Muhammad bin Ya'kub Al-Fairuzabadi

Al-Quran dihidangkan dengan penuh hikmah oleh Allah S.W.T. Hikmah yang hanya akan dinikmati oleh mereka yang memahami pengisian, meyakini keimanan kepada Allah S.W.T serta mengamalkannya sebai panduan kehidupan seharian.

Sesungguhnya diturunkan Al-Quran merupakan rahmat dan nikmat yang paling besar bagi seluruh umat manusia terutama umat Islam. 

Dalam memahami dan menghalusi susur-susur ayat yang indah yang diwahyukan Allah itu, rujukan dan sumber yang paling lengkap serta dihasilkan oleh individu yang berkaliber amat ditagih dan diperlukan.

Lebih-lebih lagi jika individu tersebut telah mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada Rasulullah S.A.W sendiri. Seperti yang kita telah ketahui, Ibnu Abbas merupakan seorang tokoh ilmuan Islam yang sangat dikagumi daripada segi ilmu Al-Quran dan Hadis.

Beliau merupakan antara ahli tafsir yang terawal mentafsirkan Al-Quran. Hasil tafsirannya telah dibukukan dan menjadi rujukan serta panduan bagi generasi seterusnya sehingga kini. Ibnu Abbas ini yang nama sebenarnya Abdullah ibnu Abbas yang juga merupakan sepupu kepada Rasulullah S.A.W.

Beliau telah didoakan oleh Rasulullah S.A.W agar dikurnikan Allah kefahaman tentang Al-Quran. Beliau merupakan seorang ulama serta penghafal Al Quran yang memiliki ilmu yang amat luas dalam penafsiran al-Quran dan perawi hadis.

Kehadiran Tafsir Ibnu Abbas yang terbahagi kepada 3 jilid ini merupakan kesinambugan yang amat diperlukan oleh seluruh umat Islam sekarang dalam memahami dan mendalami ilmu Al-Quran.

Lebih-lebih saat-saat ini umat Islam semakin jauh daripada Al-Quran dek kesibukan dan kemajuan yang kian menghakis setiap saat dalam kehidupan seharian mereka.

Semoga dengan kehadiran buku akan menjadi dengan asas dan panduan untuk setiap umat Islam dalam mendalami dan menjalani kehidupan berlandaskan Al-Quran. Sunnah Nabi dan Syariat Allah. 



Buku: Tafsir Ibnu 'Abbas 3 Jilid
Penulis: Abu Thahir Muhammad bin Ya'kub Al-Fairuzabadi
Penterjemah: Ubaidilllah Saiful Akhyar L.C.MA
Penyunting: Solihin Abdul Rosid
Penerbit: Al-Hidayah Publishers
Terbit: 2011
Format: Kulit Tebal
Halaman: 1924
ISBN: 978-967-5833-04-5

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Product Tabs

  • Views: 29
  • Product Code: Tafsir Ibnu Abbas
  • Availability: 1
0 Product(s) Sold
  • RM 299.00
  • Ex Tax: RM 299.00

Tags: BUKU