Follow our Facebook , Twitter & Instagram to get update about on New Product & Latest Product

Saintifik Solat

Saintifik Solat

Solat, selain merupakan asas kepada agama islam, ia juga merupakan simpul pengikat keyakinan, meia utama untuk mendekatkan diri, sekaligus kaedah untuk mengucapkan ketaatan mutlak kepada Allah. Secara spesifik, buku ini akan menghuraikan tentang selok belok rahsia ibadah solat dengan segala dimensinya, rahsia yang sejatinya harus difahami oleh para penempuh jalan kesempurnaan. Baik dalam demensi lahiriah mahupun batiniah, terkandung  di dalamnya kata-kata khusyuk, ikhlas dan niat yang biasanya tidak ditemui penjelasan dalam buku-buku fikih.

Manusia, meskipun ilmunya semakin tinggi dan mendalam, tetapi masih saja dia tidak mengatahui banyak perkara tentang dirinya (tubuhnya) yang diapit oleh kedua-dua belah tangannya. Banyak perkara yang bersifat kebendaan dan maknawi yang kita tidak ketahui. Atau mungkin saja kita mengetahuinya, tetapi sangat sedikit dan tidak sampai pada hakikatnya.

Ada pepatah bijak tentang kesihatan menyatakan, "Satu dirham untuk pencegahan lebih baik daripada 100 kati untuk pengubatan." Perkara tersebut meunjukkan bahawa betapa pentinnya memelihara kesihatan fizikal dan jiwa dari bencana sakit dan pedihnya  berubat. Al-Harits bin Kaldah, seorang tabib bangsa  Arab menyatakan, "Diet (menghindari pantang makan) adalah asas segala pengubatan, sedangkan perut adalah sarang penyakit. Oleh kerana itu, kembalikanlah tubuh pada kebiasaan baiknya".

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good

Product Tabs

  • Views: 51
  • Product Code: Saintifik Solat
  • Availability: 1
0 Product(s) Sold
  • RM 51.00
  • Ex Tax: RM 51.00

Tags: BUKU