Syarikat Jaffar Rawas

SEJARAH SYARIKAT JAFFAR RAWAS

 



Pengasas Syarikat Jaffar Rawas :





 

Nama: Jaafar Bin Said

Tahun Lahir: 1927

Tempat Lahir: Kuala Krai

Adik-beradik: anak pertama dari dua orang adik beradik

Nama Isteri: Siti Ramlah

Bil. Anak: 11 orang (5 lelaki, 6 perempuan)

Tahun Meninggal: 1990

Nama Gelaran: Jaafar Rawas(bangsa)

 



Encik Jaafar mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 1962 iaitu pada umur 35 tahun. Perniagaan pertama yang telah dibuka oleh beliau adalah dengan hanya menjual sikat rambut dan bakul rotan di kaki lima kedai.

Dengan semangat dan minat yang mendalam dalam perniagaan, Encik Jaafar telah berjaya membuka sebuah kedai miliknya sendiri dengan hanya mempunyai satu pintu sahaja pada tahun 1970. Antara barang perniagaan yang dijual oleh beliau pada waktu itu adalah kain dan ubat-ubatan.

Pada tahun 1979, beliau telah berjaya memperluaskan kedai miliknya dengan mempunyai dua pintu, dan menambah barang jualannya iaitu dengan menjual kitab dan buku-buku ilmiah.

Encik Jaafar meninggal dunia pada tahun 1990 dan legasi perniagaan beliau telah diteruskan oleh 5 orang anak lelakinya iaitu Alwi, Abdul Aziz, Abdullah, Muhammad Adnan dan Abdul Mutalib.

 


PEMBAHAGIAN TUGAS DALAM PERNIAGAAN


-Alwi: ditugaskan di bahagian tekstil

-Aziz: ditugaskan di bahagian hartanah

-Abdullah: ditugaskan di bahagian ubat-ubatan

-Adnan: ditugaskan di bahagian akaun

-Abdul Mutalib: ditugaskan di bahagian kitab dan buku-buku ilmiah

 

 

 PELAPIS SYARIKAT JAAFAR RAWAS

 

-Abdul Hakim (cucu Jaafar Rawas) - ditugaskan di bahagian tekstil

-Ikmal Hisyam (cucu Jaafar Rawas) - ditugaskan di bahagian cawangan

-Irfan Hasyim (cucu Jaafar Rawas) - ditugaskan di bahagian produk

-Muhammad Adiib (cucu Jaafar Rawas) - ditugaskan di bahagian kitab dan buku-buku ilmiah

 

 

PERKEMBANGAN SYARIKAT JAAFAR RAWAS

 

Syarikat Jaafar Rawas telah mempunyai dua cawangan di Kelantan iaitu cawangan utama di Kota Bharu dan cawangan kedua di Bandar Baharu Tunjung. Syarikat di Kota Bharu dikendalikan oleh Abdul Mutalib, Abdul Aziz , Abdul Hakim, Irfan Hasyim dan Adiib manakala syarikat di Bandar Bharu Tunjung dikendalikan oleh Ikmal Hisyam.